Monday, 11 July 2011

Penjagaan ikan kelisa/arowana (untuk beginner)


Assalamualaikum, selamat sejahtera. Hari ini saya akan memberi sedikit Tips untuk pemelihara kepada penghobi baru terutama yang berminat untuk memelihara Ikan Kelisa atau Araowana. Sebenarnya penjagaan arowana adalah senang dan ada jugak rumitnye. Tetapi persepsi masyarakat telah mnyebabkan timbul satu pemikiran yang memelihara arowana ini bahaya kerana takut ikan tersebut mati. Maklumlah harga arowana ni agak mahal bagi penghobi baru. Tapi anda tidak perlu risau kerana arowana ni jenis spises haiwan ezoktik yang tahan lasak,kalau sebulan tak makan pun arowana ni tetap jugak hidup.

Namun itu hanyalah persepsi dan tidak benar sama sekali. Dibawah ini saya nyatakan persediaan awal dalam penjagaan ikan arowana kesayangan kita.

1. Sebelum membeli atau memelihara arowana adalah lebih baik diselidiki dahulu ikan arowana yang mana yang hendak dipelihara. Terdapat berberapa jenis yang mudah didapati di kedai Ikan Hiasan di negara kita.

-Yang murah : Ikan dari australia tetapi dah ada yang local breed seperti Pearl Aro. Bagus
  untuk penghobi baru.
-Yang agak mahal : Ikan kelisa tempatan iaitu jenis Green Aro, Yellow Aro, Yellow Tail,
  Malaysia Golden, Xback.
-Ikan Import : IkanKelisa dari Indonesia seperti Chilired dan Super Red(Imperial Red).

2. Setelah dipastikan Arowana yang mana, sebelum membawa pulang arowana tersebut, kalau boleh tinggalkan ikan tersebut dikedai tadi selama satu hari dan tidak diberi makanan. Ini adalah untuk mengurangkan stress kepada arowana tersebut semasa perjalanan dari kedai ke rumah anda.

3. Untuk penyediaan akuarium, penghobi adalah digalakkan menyediakan sekurang-kurangnya akuarium 3 kaki atau lebih. Akuarium hendaklah disediakan terlebih dahulu dan pastikan akuarium tersebut mempunyai tudung yang rapat dan teguh. Kemudian pastikan tiada benda tajam di dalam dan di bawah permukaan tudung akuarium tersebut bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada Arowana maklumlah arowana ni jenis haiwan yang aktiv dan suka melompat. Sebelum masukkan air paip masukkan 6 penutup anti Klorin(untuk akuarium 3 kaki) dan sedikit garam kemudian masukkan air. Seboleh-bolehnya akuarium tersebut telah disediakan dengan air yang mengalir sekurang-kurangnya 3 hari. Pastikan akuarium anda mempunyai Motor untuk sistem penapisan, Air Bubble untuk tambahan oxygen dan yang terakhir tetapi penting iaitu backup air bubble(ACDC). Ianya berfungsi untuk mengeluarkan Bubble/oxygen jika tiadanya bekalan elektrik

4. Setelah semuanya sedia bawa ikan tersebut masukkan Arowana anda kedalam akuarium bersama-sama dengan plastiknya(tanpa dibuka), ini bertujuan untuk keserasian suhu diantara air dalam plastik dengan air akuarium. setelah 10 Minit buka palstik dn masukkan air akuarium kedalam palstik tadi dalam anggaran 1/3 dan biarkan selama 3-5 minit. Kemudian masukkan sedikit air ke dalam bungkusan arowana itu supaya arowana boleh merasa air itu atau pun dengan istilah lain arowana tidak terkejut dengan air yang baru. Setelah itu barulah masukkan Arowana anda kedalam akuarium. Setelah dimasukkan janganlah diberi makan sehingga keesokkan harinya atau sekurang-kurangnya selama 12 jam.

5. Untuk lebih menikmati keindahan atau menaikan seri lagi sisik-sisik Arowana anda adalah digalakkan anda memasang lampu pada akuarium anda dan berlatar belakangkan warna seperti hitam atau putih dan biru.

Untuk jenis makanan arowana, anda adalah digalakkan untuk mempelbagaikan sumber makanannya agar ikan anda sihat dan akan kelihatan lebih cantik dan menarik. Contoh pemakanannye ialah seperti ulat,cengkerik,cacing,lipan,anak ikan dan sebagainya. Ingat air akuarium anda perlu ditukar sekurang-kurangnya 4 hari dan tak lebih dari seminggu sekali. Ini adalah untuk memastikan kitaran air didalam akuarium anda sentiasa pada kadar PH dan KH yang baik dan sihat untuk ikan Arowana anda.

Sekian sahaja pengetahuan yang serba sedikit daripada blog ini. 

No comments: